Sunday, June 5, 2011

Langit - Bhg. 9

Cahaya putih menyelubungi kedua-dua dimensi. Sebuah hamparan luas memenuhi pemandangan Firdaus. Satu suara yang amat dikenalinya mulai bergema di corong anak telinganya.

Cinta,Seribu tahun pun tak akan musnah,Andai setia sudah terpaku kukuh,Tapi sayang,Dunia ini suatu mimpi yang indah,Namun yang terindah itu masih jauh untuk kita kecapi,Di mana ia adalah sebuah alam nyata yang abadi,Andai Illahi mengizinkan cinta ini,Cinta Firdaus akan kekal abadi...

Jemari Firdaus menjadi semakin panas. Liang-liang peluhnya mulai penuh dengan rintik-rintik halus yang kian memberat. Dimensi kosong itu semakin memutih. Suatu suara garau pula muncul di balik sudut-sudut ghaib.

Hai anak Adam,Kau khalifah dunia!Sucinya hatimu di saat Tuhan menciptakanmu,Tapi Iblis telah mencela mu dengan janji-janji kosong duniawi!Bangunlah engkau dari khayalan!Yang indah itu bukan milikmuAndai riak dan tamakmu merajai jiwamuKelak akan membakar jasadmu di Jahanam!

Firdaus semakin terketar-ketar dan mulai menangis semahu-mahunya.Dilihatnya suatu bayangan jingga yang panas. Walau jauh, sedikit kulitnya hampir hangus terbakar. Firdaus semakin ketakutan.

Taubat! Riakmu membukit!Taubat! Tamakmu menggunung!Mahumu seluas laut dunia iniSedangkan bayaranmu cuma sebutir pasir halus berterbangan!

Firdaus rebah dalam ketakutan. Dimensi ghaib itu menjadi gelap. Di kejauhan Haniq menangis tersedu-sedu. Hatinya luluh. Kasihnya lebur. Ya Allah, selamatkan kesucian cinta ini.

˜

“Takkan mungkin lahir seorang Amir selain seorang imam yang telah ditentukanNya untuk menjadi pengiring Al-Masih untuk melawan Iblis dan tenteranya.” Imam berbangsa langit itu cuba mengingatkan bapa-bapa yang mengiringi tasbihnya dengan janji Tuhan itu. Bapa-bapa itu akur. Tanpa henti bibir tua ribuan tahun mereka terus melagukan doa-doa keampunan demi Taubat atas ketamakan dan hasutan Iblis dan tanpa henti itu juga mata tua ribuan tahun mereka terus mengalirkan sungai duka mereka yang kian menderas ketakutan akan kemurkaanNya.

Cahaya putih memadamkan impian mereka untuk menjemput Amir yang bakal mengimami bangsa mereka melawan jahanam yang kelak menghancurkan kesejahteraan langit mereka. Dan untuk kesekian kalinya, hawa langit terkorban lagi atas ketamakan yang merajai makhluk Tuhan yang serba lemah ini. Mereka menangis dengan Taubat. Berserah pada Ilahi hanyalah satu-satunya pilihan yang ada buat mereka dan bangsa-bangsa langit yang kian memudar ditelan zaman ini.

Di dunia, cahaya Maghrib mulai mencantumkan ronanya dengan gugusan-gugusan bintang angkasa. Dahi Firdaus terus kaku sujud berkiblatkan imannya. Perlahan lututnya lemah tidak mampu menampung berat yang semakin longlai itu lantas gugur di atas sejadah. Semakin rendah bintang-bintang menyentuh gigi bumi, semakin jauh Firdaus lemas dibuai dimensi yang belum lagi mengizinkannya keluar dari buaian ghaib itu.

˜

Bersambung...

2 comments:

sahidzan said...

aku sekarang ingin mengetahui lebih detail diri firdaus. seperti bagaimana orangnya atau bagaimana dia melalui kehidupan biasa di dunia nyata. hehehehe.

err,,payah sebenarnya mahu lari dari riak ni.

Finie Ramos said...

Tersenyum sambil membaca rangkap komen mu.

"Firdaus hanyalah seorang insan keturunan Adam penyambung zuriat khalifah bumi yang tidak lekang dengan segala kelemahan diri.

Kehidupannya di dunia nyata sama seperti kita, menunaikan tanggungjawabnya sbg sorg manusia mahupun hambaNya.

Tetapi atas desakan jelmaan dimensi ghaib, hidupnya mulai terpinggir dari kesibukan duniawi."

Wallahualam~