Monday, June 6, 2011

Bahagian Akhir

Munajat cinta abadi dinyanyikan merdu seiring dengan fajar yang kian memecahkan kebiruan langit. Pecahnya cahaya putih siang yang membelah subuh itu memberikan ruang luas buat makhluk-makhluk bersayap terbang bebas menguasai ruang angkasa mereka. Rutin ribuan tahun mereka terus diwarisi tanpa sebarang rasa jemu dan tanda tanya. Siulan tasbih berterusan menemani bibir-bibir mereka sepanjang layangan mereka di udara bebas.

Begitulah betapa bijaknya Sang Pencipta yang telah mengaturkan kehidupan langit dan bumi ini. Tampak berasingan namun tetap memerlukan antara satu sama lain bagaikan peparu dan udara yang akhirnya menghasilkan rintik air untuk dititiskan nanti.

Seorang cucu Adam melangkah longlai menyusuri liku-liku perjalanan berpermaidanikan rumput hijau. Dihirupnya udara nyaman milik Tuhan ini sedalam-dalamnya kemudian diamati persekitarannya yang tenang itu. Wad Rumah Bahagia Bukit Padang yang menjadi separuh dari hidupnya ini sedikit pun tidak merimaskan sisa-sisa usianya. Sesekali rakan senasib mengusiknya tanpa silu. Dia hanya menerimanya dengan tenang. Lumrah hidup di dunia yang sementara. Mimpi lalunya cukup mengajarnya erti sebuah kesabaran.

Mimpi lalunya! Langkahnya terhenti kemudian mendongak memandang langit biru di atasnya. Mega-mega putih menari riang seolah-olah sedang melambai kearahnya. Dirasakan seperti dia pernah berada di atas sana bersama seseorang yang dicintainya. Amat dicintainya dan amat mencintainya. Tetapi ingatannya itu terlalu pudar untuk diimbasnya lagi. Di jemari eratnya digenggam seutas rantai kaki yang menjadi pengubat rindu cinta terindahnya. Tiada siapa tahu di mana ditemuinya rantai kaki indah itu. Hanya dia dan memorinya sahaja yang tahu keseluruhan kisahnya tapi tiada siapa juga mahu menganggapnya suatu logika akal. Dikatakannya dia gila tiada beralasan. Tanpa disedarinya, matanya meluahkan sebutir kristal jernih kerinduan yang teramat berat. Hatinya mulai sebak.

Buaian perasaannya terhenti sebaik sahaja satu suara memanggilnya. Dongakannya ke langit dimatikan. “Firdaus, mulai hari ini Tuan tidak akan merawatmu lagi.” Lelaki bertubuh gempal yang sering dipanggilnya Tuan Besar itu berkata padanya sambil memegang bahunya mesra.

“Kalau kau ada apa-apa yang kau mahu, kau minta saja dengan Puan Besar barumu ini. Ubat-ubatmu juga ada dengannya.” Tuan Besar itu berkata lagi sambil memperkenalkannya seorang wanita yang dari tadi berdiri di belakangnya. “Ingat, jangan kau lawan cakapnya nanti ku panggil Pak Polis dan ikat kau di pokok sana!” Tambahnya lagi kemudian meninggalkannya dengan Puan Besar barunya itu. Sempat juga Tuan Besar memberikan salam kepada mereka berdua sebelum pergi.

Wanita berhijab putih dan berwajah tenang yang dikenalinya sebagai Puan Besar itu senyum memandangnya. Diamatinya wajah wanita itu sedalam-dalamnya. Anak matanya berwarna jeli kehijauan, bercahaya putih berkilauan. Lantas bibirnya mulai kaku sekaku hati Adamnya. Tangannya mulai sejuk seiring dengan jantungnya yang mulai berdegup kencang. Rantai kaki indah dijemarinya digenggam erat.

Firdaus yang dari tadinya terpaku terdiam mulai membeku. Darahnya mengalirkan suatu perasaan yang hangat menyelubungi degupan jantungya. Lantas dia mendongak ke langit sambil air matanya mengalir mensyukuri anugerah terindah dari Ilahi.

“Firdaus Ridhwan.” Bisik wanita berhijab putih dan berwajah tenang itu sementara mata berjelinya mulai meresapnya jauh ke dalam suatu dimensi yang pernah dikunjunginya suatu ketika dulu. “Haniq tetap menjagamu selamanya, ya suamiku. Cinta kita kan kekal abadi selamanya.”

Di suatu sudut langit kebiruan itu, makhluk-makhluk ghaib langit terus menari-nari melukiskan suatu corak putih bermisteri diiringi dengan tasbih-tasbih pujian Ilahi Maha Esa. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat membaca khabar berita dari langit biru yang penuh dengan teka-teki Tuhan. Sesungguhnya Tuhan ini Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Beribu misteri masih terhijjab dari akal fikiran kita yang kerdil ini. CiptaanNya penuh dengan keagunganNya dan setiap ciptaanNya itu hanya Dia saja yang tahu kerana yang terbaik itu adalah tercipta untuk yang terbaik.

TAMAT – 03 Jun 2011

Sesungguhnya penulis agak keberatan untuk mengakhiri kisah cinta ghaib ini. Namun setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Allah SWT itu Maha mengetahui. Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam dari Langit - Sekadar gambar hiasan. Klik gambar untuk lebih jelas.

12 comments:

Finie Ramos said...

Gambar hiasan tu hasil dr daya imaginasi sy juga..(hihihihi)..

dimuatkn di sini sekadar untuk membantu anda melukiskn imagis seperti apa yg saya tulis di sini...

Unknown said...

Hai Finie, naah akhirnya sampai ke episod akhir juga cerpen mu ni.. Ada sepuluh bab kecil rupanya, ehe.

Komen ni ada beberapa bahagian sebab Blogger nda dapat terima kalau lebih 4,096 patah..

Okay macam yang aku janjikan dulu, aku bagi komen penuh bila cerpen ni tamat. Supaya, dapat nilai keseluruhannya. Aku bukan pakar atau ada belajar secara mendalam pasal sastera cerpen ini melainkan masa SPM dan sekejap [satu semester] di UMS dulu. Kursus Sastera Rakyat, ehe.

Aku juga bukan penulis karangan seperti ini. Gaya penulisanku agak jarang dihias dengan bunga2 bahasa dan dianyam secukup rasa dengan keindahan gubahan sastera. Namun, aku bersyukur aku dapat layan tulisan2 sebegini. Cuma itulah, aku tidak berapa dapat 'mempertikai' bait2 sastera yang kamu pilih kerana semua itu garapan imaginasi kamu selaku pengkarya.

Unknown said...

Okay balik mengenai hal komen, aku simpulkan beginilah ya;

1) Secara keseluruhan, tema cerpen ini mudah ditangkap. Malah, jika ingin mengarang satu sinopsis oleh pembaca lain aku yakin ianya menepati gambaran keseluruhan jalan cerita cerpen ini. Secara mudah pada pandanganku, tema cerpen ini ialah tema ketuhanan.

2) Apabila seseorang mampu menangkap tema dan merangka sinopsis, itu menjadi satu penanda aras bahawa karya itu dihadam dengan baik. Cuma, faham dengan baik tidak semestinya membawa maksud pembaca tadi benar2 terhibur. Mungkin ia merasakan ianya hanya setakat tahap menarik.

3) Contohnya, aku tidak dapat masuk dengan olahan ayat yang terlalu berbunga2 dan agak banyak metaforanya. Ini dikhuatiri menjejaskan upaya pembaca untuk menangkap isi tersirat pengkarya kerana dilamun dengan bait2 metafora yang selalunya tidak membawa isi-isi penting. Akibatnya, pembaca menyukai karya itu kerana ayat2nya sahaja dan bukan atribut lain seperti mesej tersirat penulis.

4) Dalam cerpen, watak2 antagonis bukanlah suatu kewajipan, tetapi kewujudannya akan menambah rencah kronologi. Malah, ini membuka ruang kepada pengkarya untuk menambah babak2 dramatik dan suspen [kejutan]. Rasanya, aku nda perlu hurai lanjut pasal kepentingan n kelebihan babak dramatik n suspen ni. Fungsi babak ini sudah tentu untuk 'mencengkam' penghayatan pembaca dan membuatkan pembaca seperti nak, nak, dan nak lagi menghadam karya itu [atau dari kita] tanpa jemu.

Aku rasa, watak Iman tu boleh dikelaskan sebagai antagonis tetapi tidak terlalu menonjol kerana kronologi cerita agak singkat dan banyak yang diringkaskan. Babak perbualan Imam dan Bapa2 itu juga patut diperincikan lagi sebab - dalam cerpen ni - itulah babak yg paling sesuai untuk menonjolkan perwatakan antagonis dan protagonis.

Unknown said...

5) Kelemahan seterusnya ialah watak Firdaus itu sendiri. Macam yang Sahidzan [Pecah Kata] sebutkan dalam komen di bahagian 8 kalau aku nda silap. Firdaus merupakan watak utama bersama Haniq. Hero n Heroin. Protagonis. Latar belakang watak utama perlu mempunyai lebih maklumat n penonjolan. Aku nda pasti pula kalau Haniq ja yg watak utama, ehe. Kalau lihat dalam cerpen ni, penceritaan mengenai kehidupan Firdaus sebelum Haniq menjadi isterinya semacam tiada. Sebagai cadangan, mungkin babak Firdaus menjadi imam di sebuah masjid di alam dunia atau apa2 yg berkaitan boleh dimasukkan dalam plot. Kehebatan [peribadi, jelita, akhlak dll] Haniq jelas dipamer di sepanjang jalan cerita cerpen sejak bab 1 sama ada di alam langit atau dunia. Tetapi Firdaus?

6) Okay yg seterusnya ni aku rasa kesilapan minor ja, ehe. Tapi, agak tidak molek kalau semacam dibiarkan. Silap itu ialah pasal ayat contohnya "BukankaN.." yg sepatutnya ditulis "BukankaH.." Ni aku jumpa di Bab 4/5 kalau nda silap. Perkataan lain pun mungkin ada juga jadi boleh semak semula lah tu nanti lepas ni, ehe.

Penggunaan "Sang Tuhan" jg aku rasa macam nda berapa ngam. Rasanya nda perlu letak 'sang'. Itu sudah memadai. Penggunaan 'sang' ditujukan kepada makhluk.

Lagi satu, pengolahan ayat. Contohnya di bab akhir ni; "..mata berjelinya mulai meresapnya..."

Aku nda pasti olahan yg camna kau maksudkan tapi kalau tanya aku olahan yg okay ialah;

"..mata berjelinya mulai meresap.."
"..mata berjelinya mulai masuk meresap membawa dirinya.."
"..mata berjeli miliknya bagai meresap dirinya jauh.."

Unknown said...

7) Okay yg terakhir, di bab terakhir ni lah satu2nya babak suspen n dramatik yg membuatkan pembacaanku bagai perlu disemak semula. Kena baca balik lah maksudnya, haha. Apa yg aku maksudkan ialah, penamat bagi nasib Firdaus dan Haniq. Apa yg aku faham, Haniq meninggal kerana melahirkan seorang manusia. Mungkin dalam cerpen ini, itu adalah lumrah bagi seorang bunian di alam mereka ataupun mungkin juga para agamawan / warga tua dalam dunia bunian ni telah mendapat petunjuk mengenai nasib Haniq yg telah melanggar tradisi bangsa mereka.

Bagaimana nasib Amir? Ini pun aku nda pasti apa kesudahannya. Mungkin aku kena baca balik ni, ehe.

Lagi, aku terkejut Firdaus masuk wad Rumah Bahagia Bkt. Padang ni. Orang Sabah tahu nama Bkt Padang tu memang dikaitkan dengan hospital masalah jiwa, ehe. Bagaimana Firdaus masuk di situ? Dari pembacaan di bab2 sebelumnya, aku yakin ianya [pengalaman] bukan ilusi Firdaus. Jadi kira babak masuk wad ni adalah satu kejutan, ehe.

Aku menolak elemen penjelmaan semula [reincarnation] wujud dalam cerpen tema ketuhanan versi Islamik ini jadi apa yg boleh aku simpulkan pasal penyudahan cerpen ini ialah Firdaus mendapat pengganti Haniq - seorang manusia - yg penampilannya sama seperti Haniq sang Bunian..

Bagaimana nasib mereka di alam langit alias bunian? Mereka pasrah dengan apa yg berlaku. Noktah. Tidak diketahui nasib selepas itu kerana cerpen sudah tamat...

Muahua3! Panjang gilak kan komen? Nda apa, kasi lump sum bah.. 10 bab tu, hua3! XD

Okay, cukup panjang sudah ni. Kalau ada yg kau nda faham, kau tanya ja ya.. Aku mau buat pos khas pasal kupasan ringkas [komen2ku ni] di blogku tapi rasa macam lebey2 pula.. Minta puji orang bilang. Malu aku... X>

Star : 8/10

+ve : Teruskan berkarya lagi! Kau pun ada bakat n imaginasi tersendiri juga yg berpotensi besar. Kau kata kau kureng dengan kosa kata BM tapi ni mampu buat cerpen ni, apa kes? Hahaha XD TAHNIAHHH!!! d(^^,)

-ve : Tiada rasanya. Semua komen tu aku cas dengan cas +ve, keh3.. v(^^,)

Finie Ramos said...

SAm!panjang gila komen mu ni!adididiii....

terima kasih bnyk2 sb sudi menulis sebegini pnjg..sebenarnya komen mcm ni la yg aku tunggu2 selama ini supaya aku tau di mana kesilapanku...

terima kasih bnyk2..

psl watak firdaus tu mcm dlm psoalan PK, firdaus hnylah sorg manusia biasa..klu kamu pernah perasan ada satu part di bahagian 1 atau 2, c Firdaus ni bru balik dr perkemahannya d hutan Lembah Danum sna..jadi kiranya, di situ la dia mulai dperhatikn oleh Bapa2..kn Lebah Danum tu hutan tebal yg jarang d masuki kotoran manusia...

selepas beberapa ketika dia d'ganggu' oleh dimensi ghaib tu, tu la dia bleh msuk bukit padang jadi org gila sb xd sapa pn yg pcaya akan critanya dia kwin sma bunian segala..hahahaha...

psl anak dorg c Amir tu, kn Imam suda kasi tau, xkn lahir sorg imam utk melawan kejahatan iblis melainkn amir yg suda dtentuknNya..aku bg pembayang begini utk Imam Mahdi yg bakal membantu nabi Isa A.S dlm peperangannya menentang Dajjal yg dkenali sbg Kaum Iblis dlm cerpen ni...jd, zuriat dr firdaus dn haniq ni semestinya BUKAN imam yg Allah utuskn itu..jd sy hny 'matikan' c amir ni supaya tidak akan wujud syirik d hati para pembaca krna dlm quran pun suda dtegaskn supaya kita berkahwin dgn spesis sejenis kita sja...kira mcm haram la ba kwin sma kaum2 jin ni sb bukan spesis kita kn...

Finie Ramos said...

psl idea kelahiran semula haniq sbg manusia biasa itu sbnrnya mmg xlogic n mgkin suda lari dr ajaran quran...

tp dlm hal ini, aku ndak bnyk tulis sb aku mau pembaca bermain dgn imaginasi mereka sendiri n menilai sendiri apakah kesudahan kisah mgikut kreativiti masing2..HAHAAHAH

suda pembaca tahu bhw c firdaus ni masuk rumah org gila suda..jd kmungkinan kwarasannya suda tiada..tmbhn lagi kerinduannya yg kian mmbengkak tu pun, mgkali muka doktor wanita yg mnjaga dia tu pn dia imagen c Haniq suda..namanya kn org gila..apa2 sja yg ndak logik2 akan terlintas d pikirannya...

secara keseluruhan, cerpen ni bnyk mengajar para pembaca untuk bermain dgn daya imaginasi mereka sendiri supaya gaya persembahan cerpen ni tidak sama dgn cerpen2 kebanyakan dmana para pembaca hanya bergantung kisah dr penulis itu sendiri..

skali skala biarla para pmbaca berfikir sndiri akan babak2 yg tidak dpaparkn jelas menerusi penulisan ni...biar mereka sendiri mpunyai pilihan sendiri utk memilih kesudahan mereka...

terimakaseh sam! ^_^

Finie Ramos said...

Oya..terasa lucu sb kbnykn pmbaca aktif cerpen ni adalah lelaki..jd mgkin itu pasal la kmu rasa cerpen ni mcm ndak adil sb blik2 puji kejelitaan wanita sja kn..hihihih...

sesungguhnya kita ini kaum hawa yg lemah..segala yg tersirat pada kaum adam itu bukanlah ada pada pengetahuan kita..maka, biarlah ia tersimpul rapi. biarlah yang ditatap dan di imagin oleh sang hawa itu pada sang suaminya sahaja..

cewah!

sahidzan said...

argghhhh...kenapa ditamatkan terus ini kisah?

mati perjalanan fantasi aku. fantasi yang belum puas aku jelajah.

apa pun, tahniah untuk cerpen ini.

tapi for real, aku macam gantung. kehkehkeh!

* Peh, panjang gila ulasan samizul.

Finie Ramos said...

Ya..ada jg request mau kasi sambung crita ni..tp apa kn daya..huhuhuhuhuh....

UbatPensil said...

bes bes... byk betul pningkatan dr cerpen mu dulu2. drpd dulu tuh bukn alang2 lg gantungnya. bikin pns. yg ini bgus la jugak. design blognya pun ctik. bole mmbw mud *tiba2. emmm bgus kw ksi bilang btul2 si amir sda mati. aku pn ndataw si amir mati sblm aku bc di komen ni. aku pkir dy dak tpilih jd imam seja..

Finie Ramos said...

Thanks iza..huhuh ^..^

Anu ba..ber la ba c amir bgtu..org yg abstrak pasti akn paham..klu kurang abstrak biar tegantung sbg suspen idup~hihihih